21 February 2014

Kes dera di Sweden: Video pengakuan Ammar kejutkan mahkamah


STOCKHOLM 21 Feb. - Kes dera anak pasangan Malaysia di Sweden pada hari ketiga perbicaraan mengejutkan mahkamah hari ini apabila anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal, Ammar membuat beberapa pengakuan dipukul oleh pasangan itu.

Dalam sebuah video yang ditayangkan oleh pendakwaraya, Anna Arnell, Ammar yang ditemubual oleh pegawai penyiasat dilihat tidak memerlukan banyak soalan untuk terus ‘bercerita.'

Ammar mendakwa kakak sulungnya Aishah, 14, selalu dipukul kerana mempunyai tabiat suka mencuri coklat dari bilik ibu bapa mereka yang boleh dikatakan berlaku pada setiap bulan, kata laporan berita yang dipetik di laman web Astro Awani hari ini.

Dalam satu lagi insiden, Ammar mengaku dipukul menggunakan tali pinggang kulit milik Azizul oleh ibunya setelah dia tidak berhenti mengeluh dan mengomel apabila diminta mencuci bilik air.

"Rasa seperti ada darah keluar dari kaki saya. Saya juga rasa seperti ada air panas mengalir ke hujung kaki. Tali pinggang itu dibuat dari kulit. Ia milik ayah saya dan ia berwarna coklat," ujarnya.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre dilaporkan berkata, kenyataan Ammar sangat tidak konsisten dengan kenyataan daripada saksi-saksi lain dan boleh menjadi satu kelebihan untuk pihak pembelaan. - Utusan

No comments:

Post a Comment