17 February 2014

Ibrahim Ali: Saya 1,000 kali lebih baik dari Anwar


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau  boleh menjadi perdana menteri yang lebih baik daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim (kanan) berkata demikian di hadapan anggota NGO pendesak Melayu itu di Pulau Pinang hari ini, yang mana beliau memberikan surat lantikan kepada barisan kepimpinan baru PERKASA negeri.

“Saya boleh kata satu benda, daripada segi moral dan perangai, Ibrahim Ali 1,000 kali lebih baik daripada Anwar,” katanya disambut tepukan gemuruh.

“Jadi kalau kamu mahu perdana menteri, dan kamu tak suka orang lain, jangan bimbang tentang Anwar, Ibrahim Ali pun boleh jadi perdana menteri yang baik,” katanya.- mkini

No comments:

Post a Comment