21 February 2014

Anggota polis parah, tunang maut apabila kereta rempuh treler rosak


KUANTAN - Seorang anggota polis parah manakala tunangnya terbunuh selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di KM99.2 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Sulaiman A. Hamid berkata, Konstabel Mohd. Aizar Hafis Hussain, 23, yang bertugas di Balai Polis Maran patah kaki kiri sementara tunangnya, Ku Nuraini Ku Lah, 19, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Dalam nahas pukul 5.15 pagi itu pasangan terbabit dari arah Pekan Maran menghala ke stesen bas Temerloh untuk mengambil bapa Mohd. Aizar yang baru tiba dari Kedah.

"Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan mereka telah merempuh treler membawa muatan baja yang ditinggalkan di tengah jalan tanpa sebarang tanda kecemasan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat rempuhan kuat itu tunang mangsa telah tersepit di bahagian penumpang hadapan menyebabkannya cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. - Bernama

No comments:

Post a Comment