Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang daripada memasuki
Jepun hari ini, ekoran sesuatu yang berlaku tahun lalu, walaupun sudah
memasuki negara itu tanpa halangan sebelum itu – pada 2006, 2009 dan
2012.
Ketua umum PKR itu berkata, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita
memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja
tiba atau akan dihantar pulang.
“Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu
terpaksa mengambil langkah itu 'kerana laporan terkini' kemungkinan pada
2013,” katanya.
Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.
Anwar berlepas ke negara matahari terbit itu untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.
Dalam kenyataannya malam ini, Anwar berkata, pejabatnya sudah menyemak
dengan kedutaan Jepun berhubung keperluan penerbangannya minggu lalu dan
tidak dimaklumkan sebarang halangan.
Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu,
terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau
dilarang. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment