02 January 2014

5kg barang kemas hilang dari Kancil


GEORGE TOWN – Gara-gara singgah di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Seberang Jaya dekat sini, seorang lelaki panik apabila barang kemas berharga RM650,000 lesap dari dalam kereta yang ditinggalkan tidak sampai lima minit ketika ke tandas.

Dalam kejadian pukul 8 malam kelmarin, mangsa yang bekerja di sebuah kedai emas milik abang saudaranya di Parit Buntar, Perak meninggalkan barang kemas yang berat kesemuanya lima kilogram (kg) di tempat letak kaki penumpang depan kereta Perodua Kancil.

Kereta Kancil tersebut milik syarikat kedai emas manakala barang kemas yang terdiri daripada pelbagai jenis dimasukkan dalam beg diambil dari kilang di Butterworth untuk dihantar ke kedai emas di Parit Buntar. - Kosmo

No comments:

Post a Comment