03 December 2013

'Ustaz Munir' dipenjara tiga tahun, lima sebatan

KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap lima tuduhan memperdaya lima individu dengan menyamar sebagai ustaz.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Munir Abdullah, 27, mengaku salah terhadap pertuduhan terbabit yang didakwa berlaku antara 14 hingga 19 Oktober lalu.

Menurut pertuduhan pertama, dia didakwa memperdaya Md. Mizan Md. Khahiruddin untuk mempercayai semua kos sewa 20 bilik untuk satu majlis akan ditanggung seorang kenamaan berstatus Tan Sri pada pukul 1.15 petang, 14 Oktober lalu di K DE Impiana Villa Hotel Sdn. Bhd., Jalan Pengkalan Chepa di sini. - Kosmo

No comments:

Post a Comment