Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi
gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa)
sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata gangguan
bekalan air akan bermula pada jam 8 pagi 17 Dis manakala tempoh
pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9 malam hari yang sama dan
berterusan hingga jam 8 pagi 22 Disember (Ahad).
Hentitugas
itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf,
pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip
keluli.
Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun
pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja
Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bekalan air di kebanyakan
kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja
hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber
bekalan.
"Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan
jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan
Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih
sepenuhnya," katanya.
Syabas turut menasihatkan pengguna
untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan
dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat
dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.
Sebagai
langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan kakitangannya
untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah
lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki
statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih
belum mendapat pemulihan selepas 24 jam.
Para pengguna boleh
menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol
1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:
WILAYAH KUALA LUMPUR:
1.
Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat
Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat
Konvensyen Sime Darby.
2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara:
Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1
hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan
Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza
Damansara dan Taman Seri Beringin.
3. Kawasan Segambut: Taman
Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima
Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai;
Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman
Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa;
Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah;
Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat
Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont
Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.
4.
Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4
hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam;
Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu
Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo;
Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian
Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.
5. Kawasan
Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak,
Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan
dan Bandar Baru Sentul.
6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara;
Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga
Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan
Kokurikulum Stadium Hoki.
7. Sebahagian kawasan Jalan
Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik
Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail;
Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan
Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.
8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.
9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
10.
Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan
Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori;
Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan
Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat
DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA;
Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang
hingga persimpangan Jalan Titiwangsa)
11. Sekitar kawasan KLCC:
Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin
Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.
12.
Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan
MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles;
Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan
Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand;
Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan
Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia;
Jalan Ampang Hilir.
13. Sebahagian kawasan Kampung Baru:
Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik;
Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi;
Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda
2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.
14. Semua kawasan
berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu
4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung
Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman
Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.
WILAYAH GOMBAK:
Bandar
Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway
SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara
Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK
Harmoni 3.
WILAYAH PETALING:
Bandar
Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama;
Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat
Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak
Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan
Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10;
Seksyen 18; Seksyen 52;
Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah;
Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman
Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa;
Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman
Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang
Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas;
Taman Salak Jaya;
Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way,
SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM
Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen
11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17,
Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22,
Petaling Jaya;
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:
Seksyen
25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra
Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen
26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom;
Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning;
Bukit Naga; UEP; USJ Subang.
- Bernama
No comments:
Post a Comment