09 December 2013

Mat Sabu Nafi Pengikut Syiah, Ugut Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Zahid

PETALING JAYA: Mohamad Sabu dan para pemimpin PAS lain membidas Datuk Seri Zahid Hamidi kerana mendakwa beliau sebagai pengikut ajaran Syiah.

Menyangkal dakwaan itu, Timbalan Presiden PAS, yang dikenali sebagai Mat Sabu, mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid.


"Saya bukan pengikut Syiah," kata Mohamad sebelum menaiki penerbangan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa mendakwa Zahid cuba untuk menunjukkan kuasanya di hadapan para perwakilan Umno.

"Saya sudah kenal Bang Mat (Mohamad) bertahun-tahun. Saya tidak pernah melihat dia mengamalkan ajaran sesat," kata Mohd Nasir.
Beliau berkata, Zahid perlu memberi fokus kepada Ops Cantas dan mengetatkan kawalan ke atas ancaman sebenar kepada masyarakat daripada membuang masa memburu ahli-ahli politik yang tidak berbahaya.

Mohd Nasir berkata demikian sebagai mengulas kepada 'lampu hijau' Zahid kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 untuk mengambil tindakan terhadap Mohamad, yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

Menamakan Mohamad secara ringkas, Zahid menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan segera terhadap "pemimpin no.2 PAS".
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tindakan Zahid sebagai " serangan peribadi yang melampau".

Menyokong rancangan Mohamad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid, Mustafa berkata, parti itu tidak pernah menerima sebarang laporan membabitkan pemimpin itu dalam mana-mana ajaran sesat. - Mstar

No comments:

Post a Comment