IPOH – Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai
ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali
Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.
Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka
memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada
pendakwah berkenaan.
Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin
beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu
mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.
“Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg
(yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT
dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi),” katanya.
Petikan dalam akaun yang didaftar atas nama Ustaz Mohd Kazim Elias itu
turut memaklumkan ada yang menyatakan beliau menerima pelantikan MT,
sedangkan pengumuman penolakan itu sidah dibuat, awal Disember lalu.
“Ada yang agak bodoh dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji,” katanya.
“Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah,” katanya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan
berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi
menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.
Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua
Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan
cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda
transformasi agama di dalam Umno. - SH
Frasa yang anda gunakan perlu tunjuk akhlak juga.("... kerana segelintir parasit inilah..."). Duduk tenang, muhasabah diri. Tentu ada sebab mengapa ramai yang tidak suka anda. Mudahan mendapat kebaikan.
No comments:
Post a Comment