SHAH ALAM - Kenaikan harga barang dan perkhidmatan telah mendapat
perhatian daripada semua lapisan masyarakat, walaupun bekas Mufti
Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah pun menyuarakan mengenai
perkara itu, hari ini beliau terus menyindir tindakan kerajaan.
Beliau yang juga pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa mengenai
tindakan kerajaan apabila menerima respons rakyat berhubung perkara
tersebut.
Mohd Asri berkata, tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan.
"Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.
"Diri diancam undang-undang penderhaka, jika diam menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.
"Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau pula keluar dari
negara, agak-agak Malaysia ini siapa punya?," tulisnya di laman
Twitternya, hari ini. - SH
No comments:
Post a Comment