SHAH ALAM - Pemuda yang dilaporkan hilang bersama kereta jenis Subaru
XV dinaiki bersama ibu bapanya di sebuah stesen minyak selepas Plaza
Tol Bukit Jelutong, di sini malam semalam sebenarnya dikatakan
merayau-rayau dengan kenderaan itu sebelum akhirnya berhenti di hadapan
rumah neneknya di Subang Jaya, dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superitenden Ruslan
Abdullah berkata, siasatan polis mendapati pemuda itu, Iskandar
Zulkarnain Borhan, 25, memandu sendiri kenderaan itu dan tidak menolak
ia berkemungkinan disebabkan masalah peribadi atau keluarga.
Menurut Ruslan, pihaknya mengesan kenderaan itu di rumah nenek
Iskandar di Subang Jaya, pukul 10 pagi tadi dan pemeriksaan di lokasi
turut menemui mangsa dan juga pengadu bagi kes tersebut.
"Kejadian setakat ini dianggap bukan kes culik, mangsa bawa sendiri
kereta atas sebab-sebab berkemungkinan masalah peribadi atau masalah
keluarga.
"Malah pengadu turut memohon maaf atas permasalahan yang timbul dan
berterima kasih atas usaha pihak polis," katanya ketika dihubungi di
sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ruslan memberitahu, pihaknya mendapati lelaki dan
kenderaan yang dilaporkan diculik itu berada dalam keadaan baik, malah
barang kemas yang didakwa dilarikan dalam kejadian itu turut ditemui
kesemuanya.
Kes kehilangan pemuda yang bekerja di sektor hartanah di Petaling
Jaya itu menarik perhatian masyarakat selepas berita dia diculik
disebarkan secara meluas menerusi WhatsApp, khidmat pesanan ringkas dan
juga di laman sosial, Facebook sejak malam semalam.
Berdasarkan kiriman berantai itu, Iskandar Zulkarnain dikatakan
sedang tidur di bahagian belakang kereta jenis Subaru XV itu apabila ibu
bapanya, Abdul Malik Abdul Latiff dan Roswati Rahmat keluar untuk pergi
ke tandas stesen minyak berkenaan, pukul 7 malam semalam.
Mangsa bersama ibu bapanya dikatakan dalam perjalanan dari Melaka
untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Buloh, dekat sini. - KOSMO!
Apalah nak jadi budak2 skrg. Beberapa hari lalu digemparkan dgn kehilangan remaja 16th yg didalwa diculik hantu penunggu, rupa2nya menyelinap jadi hantu kat umah anak dara. Ini pulak bujang dah besar panjang, menyusahkan keluarga buat report kena culik dan tak pasal2 polis buat kerja membazir terima kes ni.
ReplyDelete