KUANTAN: Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil
kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus
kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas
undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.
"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang
ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi,"
katanya.
Wan Ahmad berkata SPR akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan
perkhidmatan pos yang berbeza sekiranya Pos Malaysia tidak dapat
menyerahkan kertas undi pos secara efektif.
"Kita akan bertemu dengan Pos Malaysia untuk mendapatkan penjelasan
kerana kita telah membayar untuk menggunakan perkhidmatan mereka,"
katanya. - Mstar
Punca BN kalah?