Dalam usaha terbaharu Malaysia membantu Afrika membina keupayaan
teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta
menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai
Dialog Perkongsian Bestari Global.
Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara ini semasa
majlis malam malam Rakan Bestari Global di Dar Es Salamm, Tanzania malam
tadi bahawa Limkokwing University of Creative Technology menawarkan
biasiswa itu.
Tujuh belas negara Afrika menyertai dialog itu,
satu platform bagi ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains dan ahli
akademik untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung
kait dengan Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dan bagaimana ia boleh
digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.
Najib
berkata universiti itu mempunyai tiga kampus di Lesotho, Botswana dan
Swaziland dan merancang untuk membuka satu lagi kampus baharu di
Tanzania. - Bernama
Bukalah mata wahai Najib dan Umno.