PUTRAJAYA: Sebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi
secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan
penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org.
Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan
serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras
muzik cetak rompak di negara ini.
Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin
berkata, suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit menerusi
langganan dan penjualan ruang iklan di laman web tersebut yang
kebanyakannya melibatkan muzik tempatan.
"Kami merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dalam serbuan itu dan
suspek diberikan jaminan polis di Kubang Kerian," kata Roslan kepada
pemberita di sini. - Mstar