05 June 2013

Menteri Luar Perancis sahkan Bashar guna gas sarin perang di Syria

PARIS 5 Jun - Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius semalam mengesahkan bahawa kerajaan Presiden Bashar al-Assad menggunakan gas sarin dalam perang saudara di Syria.

Fabius berkata, 'semua pilihan' termasuk campur tangan bersenjata ke atas konflik berdarah di negara itu kini sedang dipertimbangkan.

"Kami tidak ragu-ragu lagi bahawa gas sarin digunakan di Syria. Hasil analisis ke atas sampel yang dibawa dari negara itu jelas membuktikannya," katanya kepada televisyen France 2. - AFP