07 June 2013

Jambatan runtuh, polis sah seorang maut

Polis telah mengesahkan bahawa seorang mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan jambatan malam tadi, telah meninggal dunia.

NONEMenurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar
berkata, mangsa itu berada di tempat duduk pemandu kereta Kelisa yang masih belum dapat dikeluarkan kerana operasi masih dijalankan.
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh pada kira-kira pukul 7.15 malam tadi.

Pihak polis juga tidak dapat menyatakan sama ada terdapat mangsa lain di bawah runtuhan tersebut.
NONESementara itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah
mengeluarkan arahan berhenti kerja pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua berikutan kejadian kejatuhan bahagian yang sedang dibina malam tadi.

Pengarah kejuruteraan MPPP, Adnan Mohd Razali menyerahkan arahan itu kepada pengurus projek kontraktor utama Jambatan Kedua Sdn Bhd dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan yang melawat tempat kejadian itu hari ini berkata arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa sehingga kontraktor memastikan projek tersebut selamat. Baca berita penuh]
NONESementara itu, Bernama melaporkan Adnan sebagai berkata kerja pembinaan di tapak berlakunya runtuhan tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang dihentikan serta-merta kerana membahayakan keselamatan orang awam.
   
Katanya, kontraktor terlibat juga diarah mengambil langkah untuk membaik pulih keadaan di tapak berlaku runtuhan berkenaan.
   
"Struktur landasan tersebut telah runtuh ke atas jalan awam malam tadi dan ia membahayakan keselamatan orang awam," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di tempat kejadian hari ini.
   
NONESementara itu, Guan Eng pula berkata, tragedi itu berlaku atas masalah kejuruteraan dan "kita harus mempunyai seorang jurutera yang boleh mengetuai kerja-kerja mencari dan menyelamat.
   
"Tetapi sehingga hari ini, usaha menyelamat mangsa telah gagal dan setakat ini hanya kerja pembersihan kerana usaha untuk menyelamatkan mangsa amat tipis," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pasukan penyelamat sedang memasang empat jek hidraulik untuk membuka ruang runtuhan bagi membolehkan mayat mangsa
dikeluarkan.
   
"Jek hidraulik dipasang bagi memudahkan usaha mengeluarkan mayat mangsa kerana keretanya masih terhalang dengan sisa-sisa runtuhan konkrit dan besi. Sebanyak empat jek hidraulik dipasang dan setiap satu mampu menampung sehingga 200 tan," katanya kepada pemberita.
   
Mohd Shoki berkata operasi mengeluarkan mayat agak lambat kerana memerlukan

alatan dan mesin yang sesuai sambil menegaskan kerja mencari dan menyelamat dibuat mengikut prosedur.
   
"Setakat ini memang kita jumpa mayat seorang lelaki sahaja tetapi kita pasang jek hidraulik berkenaan bagi memudahkan kita menjalankan usaha mencari jika ada mangsa lain dalam runtuhan itu.
   
"Kepada soalan mengapa ia lambat (keluarkan mangsa), jawapannya ialah kerana kita menggunakan mesin dan jentera khas untuk keluarkan mangsa," katanya. - Malaysiakini