Yazid Sufaat sekali lagi ditahan polis, hanya tujuh hari selepas
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan beliau mengetepikan tuduhan
bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, isterinya Chomel Mohamad berkata dia tidak mengetahui mengapa Yazid ditahan.
"Polis
datang ke rumah pada jam 8 pagi hari ini dan mengambilnya. Mereka kata
mereka membawanya ke Bukit Aman. Saya tidak ada di rumah sewaktu
tangkapan dibuat tapi empat anak saya menyaksikannya.
"Ini
mengarut kerana dia baru sahaja dibebaskan... Saya letih (dengan perkara
ini)," katanya yang mengusahakan satu kedai makan di kompleks mahkamah
Kuala Lumpur. - mkini
Hebat sungguh risikan pihak keselamatan Malaysia. Sehingga menjangkau ke Syria. Pembunuhan saban hari dalam negeri yang perlu difokuskan.