SHAH ALAM - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 menyaksikan Perak kemungkinan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Setakat jam 10.00 malam, keputusan tidak rasmi di beberapa pusat
penjumlahan menyaksikan Pakatan Rakyat mendahului di lebih 21 kerusi
negeri.
Sementara itu, maklumat tidak rasmi juga mnelihatkan DAP dikatakan
mencipta rekod cemerlang dengan memenangi kesemua 18 kerusi yang
ditandingi di negeri itu.
Keputusan tidak rasmi juga menyaksikan beberapa nama besar pemimpin BN Negeri tewas di kerusi yang ditandingi.
Maklumat tidak rasmi juga menyebut PR Perak kini hanya memerlukan 12 lagi kerusi sebelum berjaya membentuk kerajaan. - SH