07 May 2013

PAS S'gor mahu 'calonnya' di Kt Damansara dihukum

PAS Selangor akan membuat laporan kepada jawatankuasa pusat parti itu terhadap anggotanya Ridzual Ismail, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Selangor
yang melanggar arahan tarik diri daripada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad (kiri) berkata, tindakan Ridzual telah memecahkan undi dan menyebabkan calon rasmi Pakatan Rakyat Dr Mohd Nasir Hashim tewas.

Dr Mohd Nasir, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga penyandang kerusi itu bertanding atas tiket PKR.

"Kepimpinan akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yagn sesuai," kata Khalid dalam sidang media hari ini.

PAS dan PKR menghadapi pertembungan tiga penjuru dengan BN di kawasan itu. Nasir mendapat 14,860 undi sementara Ridzuan mendapat 7,312 undi. Kedua-dua tewas di tangan calon BN Halimaton Saadiah Bohan yang mendapat 16,387 undi.

Bagaimanapun, jika berlaku pertembungan satu lawan satu, Pakatan dilihat tiada masalah mengekalkan penguasaan di kawasan itu.

Masalah sama berlaku di Semenyih, Selangor dan Sungai Acheh, Pulau Pinang. - Mkini

Simpan pun membuat susah parti.