PUTRAJAYA, 1 Mei — Pakatan Rakyat (PR) berjanji untuk mengubah skim
gaji penjawat awam daripada bulanan kepada mingguan jika mereka
mengambil alih kuasa, berpotensi memberikan bayaran lebih empat minggu,
sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan daripada 1.4 juta penjawat
awam.
Penasihat PR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan Hari Buruh di
sini dihadapan ribuan penyokong di tempat sama di Presint 3 dimana
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan sambutan
bersejarah minggu lalu.
“Pendekatan kita ialah untuk memberi faedah dan habuan membela nasib
pekerja setimpal dengan pengorbanan dan kudrat kerja mereka. Ini
prinsipnya yang tidak difaham oleh rakan-rakan kita di sebelah sana,”
kata Anwar kepada hadirin yang menyambutnya dengan tepukan dan laungan
“Reformasi” sebelum itu.
Ikrar PR untuk penjawat awam yang digelar “Deklarasi Putrajaya 2013”
diserahkan kepada Anwar oleh penulisnya Datuk Husam Musa dari PAS yang
membuat percubaan untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan itu pada
pilihan raya 5 Mei.
Penjawat awam juga ditawarkan untuk mendapat pinjaman tanpa faedah
bagi pembeli rumah pertama kali dan usia pencen lebih awal – 45 bagi
wanita dan 50 bagi lelaki, jika PR menang Pilihan Raya 2013.
PR juga berikrar untuk mengurangkan tempoh kenaikkan pangkat dari 15
kepada 10 tahun. Kesatuan sekerja juga akan dibenarkan dan sebarang
campurtangan politik terhadap perkhidmatan awam akan dihentikan.
Sebelum itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam yang
menyumbang kepada rekod baiknya semasa di Kemeterian Pelajaran dan
Kewangan akan tetapi mengeluh pekerja telah diturunkan pangkat kerana
campur tangan politik dan penggunaan perunding asing.
Beliau juga mengkritik Skim Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
yang diperkenalkan Januari tahun lepas. Dibatalkan selepas dua bulan,
selepas dikritik kerana hanya memanfaatkan penjawat awam berpangkat
tinggi dan membiarkan majoriti penjawat awam mendapat kenaikkan gaji
yang sedikit.
“Ini menggambarkan sikap pimpinan Umno-BN ini selalu, dalam pertimbangan, memihak kepada golongan kaya di atas,” kata Anwar.
Di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh
RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua
Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.
Sementara bagi yang berpangkat rendah, terdapat yang hanya mendapat kenaikkan sebanyak RM1.70.
Perdana Menteri Smentara Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikkan
gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk
disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang
digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang meningkatkan perbelanjaan
sebanyak RM1.5 bilion sebagai ganti kepada SBPA.
“Saya ingin memberi keyakinan kepada penjawat awam, bahawa kerajaan
PR akan memulihkan keyakinan berdasarkan tahap profesionalisme mereka
dan 'reform civil service' (ubah perkhidmatan awam) yang boleh
meningkatkan martabat mereka sebagai competent civil servants,” kata
Anwar sambil diberikan sorakan oleh hadirin.
Malaysia mempunyai 1.4 juta penjawat awam. Sebanyak 80,000 tinggal di Putrajaya dengan 15,798 mendaftar sebagai pengundi. - TMI
Penjawat awam tentu sahaja tidak akan melepaskan peluang keemasan yang ditawarkan oleh PR. - Ini kalilah...