Kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu menjadikan MCA Pulau Pinang berkocak dari dalam.
Seorang
ketua bahagian MCA David Yim yang tidak terpilih sebagai calon walaupun
aktif di Bayan Baru hari ini mengadakan sidang media bagi menuntut
presiden partinya Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan.
Sebelum
itu, beberapa ketua bahagian lagi, Tan Chong Seng (Kuala Selangor), Lee
Wei Keat (Subang) and Liew Yuen Keong (Serdang) berkata, tindakan Chua
menyerahkan tiga kerusi Parlimen dan dua kerusi negeri kepada Umno tanpa
alasan yang baik telah menjejaskan moral parti.
Chua juga dituduh mengamalkan kronisme dengan memilih calon yang setia padanya.
Ketika-tiga
ketua bahagian itu juga menyalahkan Chua kerana didakwa menggunakan
strategi kempen yang salah dan membuat kenyataan yang tidak sesuai
sehingga menyebabkan MCA tidak dipilih masyarakat Cina.
Gesaan itu dibuat menjelang pemilihan parti dan mesyuarat agung tahunannya yang akan berlangsung pada tahun ini. - Malaysiakini
Tidak hairan Umno-BN akan tumbang dengan sendirinya.