Kakitangan akhbar Utusan Malaysia hari ini hilang sabar apabila
seorang bekas wartawan kanannya, Mohd Hata Wahari muncul di hadapan
pejabat mereka untuk menyatakan bantahan ke atas laporan akhbar itu.
Dengan
tidak semena-mena, individu tidak dikenalpasti dalam kumpulan seramai
kira-kira 40 orang kakitangan Utusan yang berhimpun itu dilihat
melemparkan dua bungkusan ke arah Hata.
Bungkusan yang gagal mengenai Hata itu kemudiannya didapati berisi mihun goreng.
Ia
berlaku selepas Hata, yang muncul seorang diri dalam demonstrasi
tersebut, cuba menunjukkan satu kain rentang ke arah pemimpin redaksi
akhbar tersebut.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang ini,
beliau dihalang oleh seorang kakitangan Utusan yang meluru ke arah Hata
dan cuba menarik kain rentang tersebut, sementara kumpulan kakitangan
lain bersorak.
Kakitangan berkenaan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya merampas kain rentang berkenaan.
Kumpulan kakitangan Utusan itu antara lainnya melaungkan "boo", "balik", "komunis" dan "hidup Utusan".
Kain
rentang yang cuba ditunjukkan Hata itu antara lainnya menyeru ketua
pengarang Utusan agar menghentikan “kewartawanan tidak
bertanggungjawab”.
“Jadilah wartawan yang menjunjung etika
kewartawanan. Jangan gadaikan masa depan Utusan untuk kepentingan diri.
Jangan jadi wartawan rasis," kata Hata lagi dalam pesanannya itu. - Malaysiakini
Yang baling makanan ni biasa monyet.