14 May 2013

Ibu Adun Kota Anggerik meninggal dunia

SHAH ALAM – Ibu kepada Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari meninggal dunia petang tadi.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad jenazah akan disembahyangkan selepas solat Maghrib di rumah Yaacob di No 8, Jalan Rambutan, Seksyen 4, di sini, malam ini.

Tambah beliau, selepas itu jenazah akan dibawa pulang ke Johor untuk disemadikan. - SH