KUALA LUMPUR, 5 Mei — Dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk
Zulkifli Noordin tewas di kerusi masing-masing Pasir Mas dan Shah Alam.
Ibrahim, yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad, kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Manakala Zulkifli yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN)
kalah kepada penyandang kerusi Khalid Abdul Samad dengan melebihi
10,000 majoriti undi.
Kedua-dua calon kontroversi ini menjadi perhatian sepanjang Pilihan
Raya 2013 oleh kerana tindakan-tindakan mereka seperti menghina kaum dan
agama lain. - TMI