Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan
pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) di Stadium Kelana Jaya malam tadi kerana mereka tidak
boleh menerima kekalahan.
Beliau berkata ini adalah sukar kerana mereka cuba menimbulkan masalah dan menekan kerajaan.
"Saya
pasti dalam masa terdekat mereka akan keluar ke jalan dan menimbulkan
masalah khususnya kepada golongan peniaga," katanya kepada pemberita
selepas menerima anugerah 'Master Foreign Going' daripada Persatuan
Malim-Malim Pelabuhan Malaysia (MHAPA) di Shah Alam.
Perhimpunan pakatan pembangkang, yang disertai ribuan orang, bertujuan membantah keputusan PRU13.
Dalam pilihan raya umum Ahad lalu, BN memenangi 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi. - Bernama
Beliau berkata ini adalah sukar kerana mereka cuba menimbulkan masalah dan menekan kerajaan.

Perhimpunan pakatan pembangkang, yang disertai ribuan orang, bertujuan membantah keputusan PRU13.
Dalam pilihan raya umum Ahad lalu, BN memenangi 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi. - Bernama
Menang dengan cara menipu. Kalau Umno-BN kena pun akan amarah.