SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berjaya meneruskan
pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen
setakat jam 3.20 pagi tadi (6 Mei).
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula
mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah sembilan kerusi berbanding
lima tahun lalu.
Daripada 89 kerusi itu, Pas memperoleh 21 kerusi, PKR (30) manakala DAP 38.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Pada jam 12.50 pagi tadi, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
mengumumkan BN memperoleh 112 kerusi iaitu majoriti mudah untuk
membentuk kerajaan.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala PR (yang
hanya dibentuk selepas 8 Mac 2008), menguasai 82 kerusi. - SH