SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) telah berjaya membentuk kerajaan
pusat dengan memperoleh majoriti mudah 117 kerusi Parlimen setakat jam
1.00 pagi ini, 6 Mei ini.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan Pas pula mengumpulkan 64 kerusi Parlimen.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Kedudukan parti-parti bertanding memperoleh kerusi itu diumumkan oleh
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi. - SH