Aktivis pelajar Adam Adli ditangkap di Bangsar Utama hari ini dan akan disiasat di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.
Menulis dalam twitternya awal pagi ini, Adam berkata dia ditangkap di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Adam
yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) dipercayai ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat
semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia
(SAMM) pada 13 Mei.
Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO
anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk
meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5
Mei lalu.
Dalam ucapan ringkasnya, Adam berkata sepintas lalu
bahawa dia kisah didakwa atas kesalahan menghasut berkaitan komennya
pada malam tersebut.
Pelajar UPSI berusia 23 tahun itu sebelum
ini disiasat kerana menurunkan bendera yang memaparkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur tahun
lepas. - Malaysiakini
Penghasut daripada puak Umno-BN bila kamu hendak tangkap?