KOTA BARU - Bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim
menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi tersebut atas tiket Pas
sekiranya ditawarkan oleh pimpinan parti tersebut.
Ini ekoran nama beliau turut disebut-sebut dalam pimpinan Pas sebagai
calon yang bakal bertanding menentang calon Umno, Datuk Mohamad Fatmi
Che Salleh.
“Saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“Saya orang Kota Bharu, dan kalau diberi peluang untuk bertanding, saya
akan memilih untuk berada di tempat kelahiran saya,” kata Zaid.
Sebelum ini kerusi kawasan itu dipegang oleh veteran Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengumumkan tidak bertanding.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga bekas pemimpin PKR
ini berkata, memang ada perbincangan dilakukan namun ia tidak secara
bertulis dan dalam keadaan tidak formal.
“Walaupun sebelum ini saya pernah menyatakan untuk bersara dalam
politik, namun sekiranya bertanding menentang Fatmi, saya sanggup
menerima cabaran itu," kata bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan
Tanah Air (Kita).
Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agong Pas Pusat, Datuk Takiyuddin
Hassan menafikan dakwaan itu memandangkan segala senarai nama-nama calon
sudah muktamad dan bakal diumumkan menjelang tarikh penamaan calon 20
Mei ini. - SH
Kah..Kah..Kah...