Tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Jacob & Co
akhirnya tampil menyokong penjelasan isteri perdana menteri Rosmah
Mansor bahawa cincin kontroversi RM24 juta yang dibawa masuk ke negara
ini bukan bawah namanya atau dibeli olehnya.
Dalam sebuah wawancara video, Pengarah Barang Kemas Jacob & Co Philip Nassimi (kiri)
berkata, "Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring" 30.11 karat
itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar
Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.
"Ia
dibawa untuk pameran dan penelitian sahaja, bukan untuk dijual - untuk
perhatian Maira Nazarbayev, (yang berada) bawah jagaan Madam Rosmah Mansor
"Oleh kerana Maira Nazarbayev menjadi tamu di kediaman perdana menteri, barangan itu dihantar dengan keadaan begitu.
"Alasan
kenapa dalam House Airway Bill, disebut nama Madam Rosmah Mansor,
kerana untuk menghantar barangan berharga ke Malaysia - Kuala Lumpur -
ia perlu dihantar bawah jagaan rakyat tempatan Malaysia dan bukannya
warga asing," katanya.
Beliau menjelaskan, House Airway Bill merupakan dokumen biasa untuk menghantar barangan berharga AS ke dalam atau luar negara. - Mkini
You sent out a 24 million ring just for a pleasure viewing, not for selling? Why didn't you send out a catalog instead? You think that Umno-BN has succeeded in fooling us Malaysians?