Lelaki yang menjadi mangsa kemarahan masyarakat India kerana mencium
pipi Datuk Zulkifli Noordin pada hari penamaan calon, tidak kisah
walaupun dilabel sebagai "Judas" (pengkhianat) kerana menyokong naib
presiden PERKASA yang kontroversi itu.
The Malay Mail bertemu dengan N Devendren (kanan), yang mendakwa anggota MIC, yang sejak hari penamaan calon mendapat cemuhan meluas di media sosial ekoran tindakannya.
"Hidup mesti diteruskan, orang ramai terutamanya masyarakat India ada
pandangan mereka tetapi akhirnya saya ada hak untuk pilih siapa yang
saya rasa betul," kata ahli perniagaan 32 tahun yang masih bujang itu.
Devendren
menafikan dakwaan beliau diberikan wang sebagai balasan menunjukkan
sokongan kepada Zulkifli, yang bertanding atas tiket "Rakan BN"
menentang penyandang Khalid Samad.
"Saya tak lakukannya untuk wang," katanya ketika ditemui di pusat kempen BN di Seksyen 23 di Shah Alam. - Malaysiakini
Diibaratkan seperti seekor ular yang sedang mencium seekor katak.