Cuaca pagi ini diramalkan baik di kebanyakannya tempat di seluruh negara, kecuali Pulau Pinang, Johor dan kawasan-kawasan tertentu di Melaka.
pertama kalinya, tidak akan ada tempoh bantahan awam terhadap mana-mana calon seperti sebelum ini.
Tidak seperti pada tahun 2008, pakatan PAS, PKR dan DAP dijangka tidak akan bertanding sesama mereka tetapi ramai calon Bebas akan muncul untuk membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru.
Sebilangan besar mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN dan Pakatan dijangka bertanding sebagai calon Bebas.
Sabah, seperti tradisinya, dijangka menyaksikan paling banyak
pertandingan pelbagai penjuru, dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (Star) turut serta dalam pilihan raya kali ini.
DAP dijangka menggunakan logonya sendiri untuk bertanding berikutan jaminan pada saat-saat akhir daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa ia tidak ada bantahan terhadapnya walaupun tidak mengiktiraf barisan kepimpinan parti itu.
Sebaik sahaja pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan calon-calonn yang bertanding, kempen pilihan raya umum akan bermula secara rasmi selama 15 hari sehingga tengah malam 4 Mei. - mkini