Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) pantas mengesan perbuatan menyebarkan khabar
angin di media cetak dan elektronik menerusi Unit Pelan Tindakan Media
Bersepadu (RMP-IMAP), yang ditubuh setahun lepas.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed
Azizan berkata unit itu mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi
memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.
"RMP-IMAP
bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang
boleh mencemarkan imej PDRM sama ada melalui media cetak mahupun media
elektronik, termasuk laman sosial," katanya pada sidang akhbar di Bukit
Aman hari ini.
Beliau berkata maklumat tidak sahih yang dipapar dalam media berkenaan dirujuk ke bahagian tertentu dalam PDRM untuk disiasat.
Syed
Ismail berkata unit itu juga mengesan pemilik blog Milo Suam yang
didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM
mengundi lebih awal.
Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta
Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen
505 Kanun Keseksaan. - Bernama
Rakyat akan marah dengan tindakan ini kerana polis sepatutnya menumpukan kepada gerakan memburu penjenayah dan orang yang mengatur pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim.