Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, tindakan PKR ini seolah
‘membuli’ PSM yang kononnya kurang popular dan menempatkan calon kroni
di kerusi itu.
SEMENYIH - Parti Sosialis Malaysia (PSM) terkilan dengan keputusan
pimpinan tertinggi PKR menyingkirkan parti itu daripada persaingan dalam
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Dun N24 itu.
Sebelum ini, PKR meminta PSM menggunakan logo PKR untuk bertanding pada
PRU13, setelah mengadakan rundingan parti itu bersetuju untuk
bertanding atas tiket PKR.
“Pada 13 April, semasa pertemuan kepimpinan PSM dengan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau ulangi pendirian ini dan berjanji tidak
akan umum dua kerusi iaitu Kota Damansara dan Semenyih ketika majlis
pengumuman calon PKR Selangor pada 14 April lalu, kononnya bagi
membolehkan perbincangan PSM berhubung penggunaan logo PKR.
“Bagaimanapun, pada 14 April, malangnya Datuk Seri Anwar telah umum
Hamidi Hassan iaitu pembantu peribadi kepada Azmin Ali sebagai calon PKR
di Dun Semenyih tetapi menangguh pengumuman untuk Dun Kota Damansara
yang disandang Dr Nasir Hashim,” katanya semalam.
Menurut S Arulchelvan, permohonan mereka ditolak atas alasan bangsa,
PKR mahu calon Melayu berada di posisi itu untuk singkirkan pesaing
utama mereka iaitu Barisan Nasional (BN).
“PSM memang sokong PKR untuk tumbangkan BN dan bentuk kerajaan
persekutuan tetapi dengan alasan ‘bangsa’ kami digulingkan begitu
sahaja. Ini tidak adil dan tidak wajar.
“Tidak salah jika saya katakan ini tindakan ‘tikam belakang’. Mahu kami
guna logo PKR, kami setuju tetapi ini pula alasan mereka singkirkan
PSM,”katanya. - Mstar
Siapa larang kamu bertanding. Gunalah tiket bebas.