KUALA LUMPUR: Lebih 800,000 ibu tunggal di seluruh
negara akan menerima kad diskaun 1Malaysia yang menawarkan diskaun
antara lima hingga 50 peratus bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan
terpilih, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata kerajaan juga akan mempertimbang skim insurans bagi ibu tunggal yang berdaftar bagi manfaat golongan itu yang membabitkan sumbangan premium RM12 setiap seorang dengan peruntukan RM12 juta setahun.
Skim insurans itu akan menawarkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kematian, RM5,000 untuk khairat kematian, RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM10,000 untuk kurang upaya akibat kemalangan, katanya pada pelancaran dan perhimpunan Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) - Wanita BN di sini, Khamis.
Kira-kira 13,000 ibu tunggal pelbagai kaum dari seluruh negara hadir pada majlis anjuran Wanita BN itu.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Najib juga berkata ibu tunggal yang memerlukan khidmat guaman, kerajaan boleh menyediakan bantuan guaman percuma kepada golongan itu melalui Yayasan Bantuan Guaman Malaysia.
Katanya rumah PPR juga boleh dipertimbangkan berikutan ibu tunggal ialah ketua keluarga yang perlu mengambil alih tanggungjawab menguruskan keluarga.
"Kasihan juga jika wanita sebagai ketua keluarga atau ketua isi rumah tidak mempunyai rumah, yang perlu meninggalkan anak-anak, kita boleh pertimbangkan perkara ini," katanya.
Najib berkata golongan ibu tunggal merupakan kumpulan dalam masyarakat yang amat wajar dibantu dan dibela, dan di bawah aku janji BN, usaha akan dilipatgandakan bagi membela golongan itu.
Katanya daripada seramai 831,890 orang ibu tunggal, Selangor mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 125,367 orang yang dijanjikan bayaran bulanan oleh kerajaan pakatan yang telah lima tahun tidak ditunaikan.
"Sebab itu malam tadi, sebagai Pengerusi BN, saya membuat janji (pada pelancaran Manifesto BN Selangor) kalau kerajaan pakatan rakyat Selangor tidak menunaikan janji mereka kepada ibu tunggal di Selangor, BN sekiranya diberi mandat akan memberi bayaran bulanan kepada ibu-ibu tunggal," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan amat prihatin dan akan melakukan apa jua yang termampu supaya ibu tunggal tidak terpinggir dalam arus transformasi negara.
"Saya percaya wanita dan ibu tunggal tidak mahu semata-mata kepada belas kasihan, tidak mahu dipinggirkan tetapi wanita mahu mempunyai nilai harga diri atau self-esteem supaya mereka boleh menyara hidup keluarga, diri sendiri dan anak-anak mereka. "Mampu mendapat rezeki yang halal boleh menjamin kesejahteraan hidup dan tahap kualiti yang ingin dikecapi oleh wanita dan ibu tunggal," katanya.
Najib berkata beliau akan mengeluarkan arahan supaya anggota-anggota parlimen BN membantu persatuan-persatuan ibu tunggal di seluruh tanah air.
"Apa salahnya, jika dapat peruntukan daripada kerajaan diberi kepada ibu tunggal melalui persatuan ibu tunggal," katanya.
Najib juga berkata program 1Azam akan diteruskan dan peruntukan tambahan yang pada masa ini berjumlah RM400 juta, akan dipertimbangkan bagi program itu. "Saya dalam proses mempertimbang peruntukan tambahan (bagi program itu). Peruntukan RM400 juta tidak cukup kerana permohonan bagi program 1Azam ini terus bertambah," katanya. -BERNAMA
Umno-BN beri, tidak semua dapat dan dapat semua. PR patut fikir beri yang semua dapat dan dapat semua.