Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa
kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi
mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.
Justeru,
beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam
pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.
Ibrahim
berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan
naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen
Shah Alam.
"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi
peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak
cantik atau sebagainya.
"Tapi saya ingin nyatakan di sini
walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN.
Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai
berkata kepada portal berita itu.
Ibrahim dilaporkan berkata
demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.
Tak dendam pada BN
Pengerusi
BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Zulkifli sebagai "calon
rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu dari PAS Khalid
Samad.
Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut
bertanding atas tiket BN tidak mendapat peluang itu apabila ia diberikan
kepada BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan
itu Che Johan Che Pa.
Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau
tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding
sebagai calon bebas.
Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain.
Katanya,
keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan
masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang
menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.
Dalam masa
yang sama, Ibrahim berterima kasih kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib
Razak kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN. - Malaysiakini
Ada juga kemungkinan Umno-BN pilih Zul walaupun jahat dan angkuh tapi dia tidak tidur dalam dewan.