Walaupun terdapat bantahan daripada pengundi di kerusi Parlimennya di
Permatang Pauh dan ikatan sentimental dengan kampung halamannya, namun
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan
berpindah bertanding di Perak.
"Saya telah isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak," katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Bagaimanapun, Anwar berkata beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.
"Niat
saya adalah untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya
tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Pauh Permatang," kata
Anwar. - mkini
Menggeletar lawan dia nanti.