Ben Hamid, 48, hanya mampu merenung ke arah laut yang tenang. Beliau
yang kini tinggal di satu khemah sementara kini tertanya-tanya apa yang
berlaku di rumahnya di Kampung Tanduo, Sabah.
Pada malam 11 Februari, Ben, seperti nelayan lain di kampungnya melepaskan lelah dan tidur selepas bekerja keras seharian.
Beliau bagaimanapun mendapati ada seorang tetamu yang tidak diundang diluar rumahnya ketika dia bangun pada keesokan harinya.
"Ada
yang berpakaian seragam tentera. Ada yang tidak. Saya melihat mereka
membawa M16 dan ada yang memegang parang. Mereka mungkin datang dari
laut," katanya.
Beliau berkata, ada penduduk kampung yang nampak mereka memasuki kampung tersebut pada jam 2 pagi.
Menjelang pagi, kira-kira 50 orang penceroboh sudahpun tiba di kampung itu walaupun pemimpin mereka masih belum tiba.
"Mereka hanya duduk di sekitar berhampiran rumah kami dan bercakap antara satu sama lain," katanya.
Penceroboh
yang kemudiannya menghampiri mereka dan mendakwa sebagai Tentera Diraja
Sulu telah cuba meyakinkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak
membahayakan.
"Mereka kata, mereka berada di sini untuk menuntut hak-hak mereka dan hak sultan mereka," kata Ben.
Tambahnya
lagi, penduduk kampung mula panik dengan perkembangan mendadak itu dan
ramai di antara mereka memutuskan untuk meninggalkan kampung itu
menjelang jam 9 pagi.
"Mereka
(tentera Sulu) tanya, kenapa kami lari. Mereka kata mereka hanya ingin
jadi kawan. Tetapi apabila kami melihat mereka, kami dapat rasa sesuatu
yang tidak elok dan mahu lari," katanya.
Maka, bermulalah
penghijrahan beramai-ramai. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan, mereka
terus keluar dari kampung manakala selebihnya berjalan kaki ke kampung
berdekatan, Tanjung Labian - sejauh kira-kira lima kilometer.- Mkini
Ini cerita bohong. Gambar-gambar ini diambil dari negara luar seperti Myanmar. Mana mungkin rakyat di negeri yang diperintah oleh BN miskin seperti ini.