Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau
berpendapat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan
menunggu sehingga parlimen dibubarkan secara automatik untuk mengadakan
pilihan raya.
"Saya tidak fikir begitu, pilihan raya akan
diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin
ketika berucap dalam satu perhimpunan Barisan 1Malaysia di Kuala Lumpur
hari ini.
Dalam ucapannya petang ini, Muhyiddin turut membidas
Pakatan Rakyat yang menjalankan kempen agar rakyat menolak Umno kerana
terlalu lama berkuasa.
Menurutnya, Umno sebagai sebuah kerajaan yang lama mentadbir negara mempunyai kelebihan kerana lebih memahami kehendak rakyat.
"Kerajaan
ini makin tua makin bertenaga tuan-tuan, lagi tua lagi ada stail, betul
tak tuan-tuan?" kata Muhyiddin kepada kira-kira 3,000 hadirin di majlis
tersebut.
Pilihan raya ke-12 diadakan pada tanggal 3 Mac 2008 dan parlimen pula mula bersidang pada 28 April tahun yang sama.
Oleh yang demikian, parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.
Bagaimanapun,
Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bahawa Parlimen akan terbubar
secara automatik pada 29 April tahun ini kerana 28 April jatuh pada hari
Ahad. - Mkini
Tua yang sudah menghampiri sangat tarikh tamat luputnya.