Malaysia menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat
tempur menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah
berusia, kata menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Syarikat
disokong British Eurofighter Typhoon, SAAB JAS-39 Gripen (Sweeden),
Dassault Aviation Rafale (Perancis), Boeing's F/A 18E/F Super Hornet dan
Sukhoi Su-30 (Rusia) sudah disenarai pendek, Zahid dipetik sebagai
berkata kepada Reuters.
"Kami
sudah buat senarai pendek," kata Zahid ketika ditemui di Pameran
Aeroangkasa dan Maritim Langkawi seperti dilaporkan agensi berita
antarabangsa itu.
"Kami belum tahu lagi berapa kosnya."
Sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar.
Langkah
itu bagi memodenkan kuasa udara di Asia Tenggara ekoran pertikaian
dengan China berhubung sebahagian kawasan di Laut China Selatan dan
pencerobohan pengganas daripada Selatan Filipina berhubung isu Sabah.
Keputusan itu dijangka hanya dibuat selepas pilihan raya umum yang mesti dilangsungkan sebelum penghujung Jun. - Mkini
Cuba ini sebahagian manifesto PR, sudah tentu siang malam, pagi petang akan diperlekeh.