Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan
penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara
pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.
Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.
Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.
Katanya,
tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera
yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Bercakap
dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan
sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut. - Mkini
Berbilion wang rakyat mengalir keluar untuk pertahanan negara. Hasilnya mana?