Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan
awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan
awam.
Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi
pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga
RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.
PAS
Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana
pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam
akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.
PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan.
Antara
lain, tumpuan juga harus diberikan kepada kenaikan pangkat untuk semua
kategori pegawai di mana jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada
PTD bahkan dipeluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, kastam,
polis, tentera dan lain-lain.
Kedua, menerima pakai amalan di
Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam
dihapuskan kenaan caj bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih
Putrajaya.
Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi kewangannya.
Ketiga,
bagi faedah kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat
Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang
dikaji semula untuk dinaikkan.
Kadar perlepasan cukai yang
rendah untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan
kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang
cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.
PAS
Pusat juga ada membincangkan supaya kajian dibuat terhadap panalti yang
di kenakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai
sebanyak 45% bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang
ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Penalti tersebut
membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana
penalti 45% itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai
termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip.
Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.
Cukai
ke atas eksport sawit mentah atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan
harga kelapa sawit kita lebih mahal di pasaran antarabangsa juga
dicadangkan untuk dikaji. Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai
CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.
Langkah
ini boleh membantu meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini
dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di
seluruh negara.
Pada masa yang sama polisi kerajaan Melaysia
memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai eksport
kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk mengeksport 7
juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan kerugian
kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula.
Bagi tujuan
tersebut sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan
pendirian PAS terhadap penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan
menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.
Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS - Harakahdaily
PR akan menghadapi laluan sangat sukar jika UmnoBN umum kenaikan RM500 atau lebih bagi setiap penjawat awam. Tetapi mengikut rekod UmnoBN gagal memanfaatkan setiap peluang yang ada (dijangka hanya memberi kenaikan antara RM100 hingga RM150 sahaja). Tambahan : Seorang pembaca setia blog ini meminta kerajaan PR nanti memberi kebenaran ustaz memakai kopiah di sekolah.