24 February 2013

Timbalan Menteri Luar Hamas jahil tentang kebebasan bersuara di Malaysia?

DR. GHAZI Hamad ketika diwawancara oleh dua wartawan di Hotel Marriott Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/HANAFI KHAMIS

Arab Spring tidak sesuai di Malaysia

PUTRAJAYA 23 Feb. - Arab Spring tidak sesuai dicetuskan di Malaysia kerana negara ini mengamalkan konsep demokrasi di mana rakyat menikmati pelbagai kebebasan selain berkongsi kekayaan yang ada.
Pandangan tersebut dilontarkan Timbalan Menteri Luar Hamas, Dr. Ghazi Hamad yang merumuskan bahawa Arab Spring tercetus di beberapa negara Arab kerana rakyatnya mahukan perubahan akibat ditindas dan kebebasan mereka disekat. 

"Malaysia seperti yang kita tahu merupakan negara yang bagus, saya fikir rakyat di sini menikmati amalan demokrasi, begitu juga dengan parti-parti politik di sini.

"Pilihan raya diadakan dari semasa ke semasa, ada kebebasan bersuara, mengamalkan keterbukaan maknanya negara ini berada di landasan yang betul," katanya kepada Mingguan Malaysia dalam satu pertemuan di sini hari ini. - Utusan

Umno sendiri tidak setuju dengan 'Arab Spring' di negara Arab. Sebagai contoh setiap masa berita penentang Mursi menjadi keutamaan media Umno itu.