24 February 2013

Tidak yakin BN boleh menang. PRU13 diadakan lewat.


Najib ada sebab 'lewatkan' PRU13

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Beliau berkata, idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di sini, hari ini.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU13 nanti kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat. - SH

Kalau yakin boleh menang tentu pilihanraya diadakan awal.