16 February 2013

Senator Australia ditahan di KLIA, tunggu deportasi

Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan sedang menunggu untuk deportasi kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Xenophon, yang tiba di KLIA awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu.
Xenophon dijadualkan untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengenai isu-isu pilihan raya.

Tiga lagi ahli politik Australia dijadual menyertai Xenophon dalam delegasi mencari fakta. Mereka ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Bagaimanapun, mereka belum berlepas ke Malaysia. Tidak pasti  sama ada mereka akan menimbang semula rancangan ke negara ini ekoran perkembangan terbaru itu.

Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu. - Mkini

Taring ditaktor sudah tumbuh dan semakin panjang.