06 February 2013

Polis tembak mati seorang lagi Geng Aime

KOTA BHARU 5 Feb. - Polis hari ini menembak mati seorang lagi anggota Geng Aime yang diburu selepas meloloskan diri bersama seorang lagi rakannya setelah mereka berbalas tembakan di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, kelmarin, yang mengakibatkan dua ahli kumpulan tersebut mati ditembak. 


Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu, suspek berusia 27 tahun tersebut mati ditembak di kawasan berhampiran air terjun Gunung Setong, Kuala Krai setelah cuba menetak seorang pegawai polis menggunakan sebilah pedang berukuran 75 sentimeter.

Sehubungan itu, polis melancarkan operasi memburu seorang lagi rakan suspek yang masih bebas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pemeriksaan polis pada tubuh suspek yang berasal dari Paka, Terengganu itu, menemukan dua ikat wang berjumlah RM6,150 dan pil-pil berwarna merah dipercayai pil kuda. - Utusan