Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan berlakunya
cubaan mengancam nyawa Psy apabila penyanyi tersebut tiba di Pulau
Pinang pada kira-kira jam 7 pagi Isnin lalu.
Abdul Rahim berkata
beliau menerima maklumat daripada Bukit Aman pada 10 Februari bahawa
wujud ancaman ke atas nyawa penyanyi tersebut.
Ekoran itu,
pasukannya meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy semenjak penyanyi itu
tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hinggalah beliau
beredar, katanya kepada Malaysiakini.
"Anda tahu bila
dia berangkat meninggalkan Pulau Pinag? Pada dinihari jam 2 pagi. Kami
memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan
terbang. Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu,"
katanya lagi.
Abdul Rahim bagaimanapun tidak menjelaskan cubaan
berkenaan dan juga identiti individu yang didakwa cuba mengancam
penyanyi berkenaan, yang tiba ke negara ini dengan penerbangan selama 20
jam dari Brazil.
Abdul Rahim mengulas dakwaan oleh pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berhubung cubaan tersebut.
Teng
mendakwa, perkara itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan pemimpin lain segera meninggalkan pentas selepas acara
menggaul yee sang. - Mkini
Kenyataan yang memalukan diri sendiri. Sudah-sudahlah memperbodohkan rakyat Malaysia.