PRU13: Tee Keat tiada dalam senarai calon MCA
MCA tidak mencalonkan bekas presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat
untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan, walaupun beliau dianggap
berpeluang mempertahankan kerusi tersebut.
Sebaliknya,
Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) memberitahu pemberita
malam tadi bahawa MCA Bahagian Pandan telah mencalonkan muka baru Gary
Lim, seorang peguam berusia 39 tahun.
Menurutnya, jawatankuasa
pusat parti itu bergantung kepada pandangan bahagian dalam pemilihan
calon, walaupun kata putusnya adalah di tangan Pengerusi BN, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
"Beliau tidak disokong oleh bahagian (MCA
Pandan). Mungkin kerana beliau tidak bekerja dengan baik dengan
(mereka). Mungkin mereka merasakan bahawa selepas sekian lama, perlu ada
pertukaran.
"Ini pun yang anda cakap. Malaysiakini kata
PM harus membariskan muka-muka baru. Itulah apa yang pembangkang kata,
tetapi pembangkang mencalonkan mereka yang berusia 81, 71 (dan 73),"
kata Chua, merujuk kepada beberapa pemimpin tertinggi pembangkang.
Chua berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Bahagian Pandanmalam tadi.
Ong tidak kelihatan di majlis tersebut.
'Calon mampu menang'
Ditanya
sama ada peluang MCA akan terjejas sekiranya Ong bertanding sebagai
calon bebas, Chua menjawab ia akan menguntungkan BN kerana undi
pembangkang akan berpecah.
Katanya, 'calon mampu menang' adalah seseorang yang mendapat sokongan MCA, parti-parti komponen BN serta NGO.
Ong
(kanan) telah meiwakili Pandan selama lima penggal dan adalah antara
15 ahli Parlimen MCA yang terselamat dalam tsunami politik pada tahun
2008 yang menyaksikan wakil rakyat MCA di Parlimen hanya tinggal
separuh.
Beliau juga merupakan calon MCA tunggal yang memenangi kerusi Parlimen di Selangor.
Ong
dilihat sebagai salah seorang pemimpin BN yang lebih berwibawa, dan
diingati kerana memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan
Klang dan dijangka mampu mengekalkan kerusi tersebut.
Selepas
pilihan raya umum 2008, beliau dipilih sebagai presiden MCA, tetapi
tewas kepada Chua 16 bulan kemudiannya ekoran persengketaan sengit dalam
parti itu.
Sejak itu, Ong beroperasi kebanyakannya di luar rangka kerja MCA dan BN. Lamanwebnya juga tidak memaparkan logo MCA mahupun BN. - Mkini