Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang
memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk
bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.
Ketua
Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi
pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri
berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.
Oleh
kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa
penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada
penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy
apabila pengumuman mengenainya dibuat.
Oh memberitahu Malaysiakini bahawa
syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai
bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".
"Itu
adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya
kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas,
dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."
Walaupun
Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri yang
hadir di majlis tersebut - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli
Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA,
Datuk Ng Yen Yen.
Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa
"seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.
Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.
Pemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan
melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.
Selepas
menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN
dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana
Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.
Ini dirakamkan dalam video, yang telah dimuatnaik ke YouTube dan menjadi bahan jenaka warga internet. - Mkini