SHAH ALAM – Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula elaun penjawat
awam termasuk elaun sara hidup dilihat bertepatan dengan masa sekarang,
kata Cuepacs.
Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beberapa perkara
berkaitan penjawat awam perlu disemak termasuklah skim gaji baru,
peluang kenaikan pangkat dan gelaran nama jawatan.
Katanya, “kesemua elaun itu sudah lama tidak dibuat semakan dan tidak
begitu relevan diguna pakai sehingga kini terutama sekali skim gaji
baru, skim kenaikan pangkat dan insentif-insentif lain perlu dibuat
semakan secara menyeluruh dan segera."
"Lagipun sudah terlalu lama elaun penjawat awam tidak disemak," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
penjawat awam bakal menerima berita gembira daripada kerajaan tidak lama
lagi.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa turut
mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara
hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan
kemunasabahan.
Dalam masa sama, Omar turut menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh
kerajaan kerana pengumuman yang dibuat itu memang dinantikan oleh semua
penjawat awam yang telah lama mengharapkan perkara itu berlaku.
Menurutnya, semakan semula secara menyeluruh terhadap elaun perlu
dibuat secepat mungkin bagi memastikan hak penjawat awam diterima secara
sama rata.
Beliau juga berkata, elaun-elaun insentif ini perlu dibuat semakan secara komprenhensif.
"Sudah lama penjawat awam ini menunggu penambahbaikkan elaun-elaun mereka.
"Memang sudah sampai masa kerajaan membela hak penjawat awam ini, dan
saya yakin kerajaan telah pun mengkajinya dan perlu disegerakan,"
katanya. - SH
Liat sungguh kerajaan UmnoBN untuk jaga kebajikan kakitangan awam.